layout

Wednesday, November 2, 2011

Penting dan Perlu Kita Tahu~♥

Salam 1Malaysia semua..!! entry kali ini saya ingin menceritakan tentang kehebatan dunia disekeliling kita, mungkin kita sudah tahu atau belum tahu kerana dalam dunia ini penuh dengan 'ter'. Terbesar, termaju, tertinggi, terkecil, terdalam, terbanyak dan pelbagai jenis ' ter' lagi yang mewarnai dunia. Antaranya ialah seperti yang dibawah ini..Jom kita baca ^_^




London : Pusat membeli-belah dunia
Bukan New York atau Paris. Tetapi London yang muncul sebagai pusat membeli-belah dunia dengan jualan tahunannya memcecah hampir RM400 billion. Hasil jualan di Tokyo, London, New York dan Paris pula mewakili 52 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan di 22 destinasi membeli belah paling popular di seluruh dunia. London merupakan tumpuan peniaga utama dunia dengan 138 daripada 250 jenama terkemuka dunia boleh didapati di lokasi membeli-belah utama kota raya itu. Penduduk London juga dikatakan pembeli terbesar dan membelanja lebih untuk fesyen berbanding penduduk Paris dan New York.


United State : Pusat Billionaire
Kali terakhir dikira, United State (US) didiami 396 billionaire, yang paling tinggi berbanding mana-mana negara didunia. Tetapi laporan kekayaan yang dikendalikan oleh Knight Frank dan Citi Private Bank menunjukkan India dan Russia kini dalam proses melahirkan lebih ramai billionaire. Jumlah billionaire di Russia bertambah 30 peratus setiap tahun. China berada di tangga kedua dengan sejumlah 72 orang billionaire meningkat 142 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Indonesia : Pusat Facebook dunia
Fakta ini mungkin ramai yang tidak tahu. Tetapi realitinya, Indonesia mempunyai pengguna Facebook terbanyak di dunia yang kini hampir 153 juta orang. Terdapat hampir 39.1 juta penduduk Indonesia memiliki akaun Facebook, iaitu pertambahan daripada 22.4 juta pada tahun lalu. Indonesia juga mempunyai rekod pangkalan data termuda berbanding mana-mana negara di dunia. Malaysia berada pada kedudukan ke-17 dengan 11.4 juta pengguna Facebook.




South Korea : Dunia Internet
Daripada tiga orang penduduk South Korea, seorang daripadanya akan melayari internet. Menurut maklumat daripada Yayasan Teknologi dan Inovasi negara itu, South Korea merupakan negara yang paling pesat berkembang dalam rangkaian jalur lebar di dunia. Tempat-tempat sekitar Incheon dan Seoul misalnya menikmati kelajuan internet hingga 100 Mbits per saat. Untuk perbandingan di Malaysia kelajuannya 20 Mbits per saat. Kajian sedang dilakukan kini untuk meningkatkan kelajuan di South Korea kepada satu gigabits per saat menjelang 2012.


Hong Kong : Kota iPad  
Populariti Apple iPad memang sukar dibendung. Ia menimbulkan keghairahan orang untuk memilikinya di seluruh dunia. Namun semua keghairahan itu tidak mampu menandingi Hong Kong. Berdasarkan bancian yang dilakukan pada Julai lalu, ekoran pelancaran iPad2, seorang daripada enam penduduk Hong Kong atau 17 peratus daripada populasinya memiliki gajet tersebut. Ia adalah enam kali ganda lebih tinggi berbanding negara-negara lain yang dengan purata hanya tiga peratus penduduk memiliki iPad. Malah di United State hanya 5.3 peratus penduduk memiliki iPad. Sementara tanah besar China pula hanya 2.1 peratus penduduk memiliki gajet itu.


Tasmania : Pusat udara paling bersih
Di Tasmania, Australia ia bukan sekadar memiliki kubu-kubu lama. Pulau di selatan negara Kangaroo itu memiliki tiupan angin yang cukup segar yang menjadikan Australia sebagai negara yang memiliki udara yang paling bersih di dunia. Angin yang bertiup ribuan kilometer dari Lautan Selatan tidak menyentuh sebarang permukaan tanah berhari-hari sehingga ia sampai di Tanjung Grim di Tasmania. Ia membawakan angin yang bersih dan sedar apabila bertemu daratan yang hangat di tanjung tersebut. Ia menghasilkan hujan yang juga dikatakan air paling bersih yang boleh ditemui di dunia.


Amsterdam : Ibu Kota dengan lelaki paling tinggi
Lebih 100 tahun lalu, 25 peratus lelaki Belanda yang mahu menyertai tentera ditolak kerana terlalu rendah. Purata ketinggian mereka kurang daripada 1.57 meter. Tetapi sesuatu yang luar biasa telah berlaku apabila lelaki di negara itu kini mencapai ketinggian yang luar biasa. Purata ketinggian lelaki dewasa di Belanda kini ialah 1.85 meter, iaitu yang tertinggi di dunia. Denmark berada di tempat kedua dengan purata ketinggian lelaki dewasanya ialah 1.83 meter.


New Zealand : Penuh dengan haiwan ternakan
New Zealand sentiasa mempunyai lebih banyak biri-biri daripada manusia. Peratusnya ialah 20 biri-biri bagi seorang manusia. Tetapi sekarang mereka memiliki satu lagi haiwan ternakan yang mengatasi jumlah penduduknya. Ketika bilangan biri-biri makin menurun walaupun masih mengatasi jumlah manusia, rekod menunjukkan negara itu mempunyai 5.8 juta ekor lembu tenusu pada 2009. Ia menunjukkan hampir setiap penduduk negara itu yang berjumlah 4.3 juta memiliki seekor lembu. Ia hasil peningkatan industri tenusu.


Antwerp : Pusat berlian dunia 
Dianggarkan 80 peratus berlian mentah dan 50 peratus berlian yang telah dipotong dan dikendalikan di bandar raya di Belgium ini. Setiap tahun kira-kira 130,000 carat berlian atau 26,000 kilogram berlian dilombong di seluruh dunia dengan nilai keseluruhan AS$9 billion. Kira-kira 49 peratus daripadanya datang dari negara-negara tengah dan selatan Afrika.


Kanada : Penuh dengan Tasik
Finland dikenali sebagai negara dengan seribu tasik (ia memiliki 187,888 buah tasik) dan negeri Minnesota di United State dikatakan tanah dengan sepuluh ribu tasik. Tetapi Kanada sebenarnya yang menempatkan kira-kira 60 peratus daripada jumlah keseluruhan tasik di dunia. Ketika zaman ais rupa bumi di Kanada telah dihakis menyebabkan ia berlekuk-lekuk dengan dasarnya  adalah batu pejal. Apabila glasier cair, air akan berkumpul di kawasan yang paling rendah yang membentuk tasik-tasik kecil yang menjadi titik-titik di Kanda.


*Itu sahaja yang saya dapat berkongsi dengan anda semua dan berharap anda semua enjoy..tapi kalau ada sebarang kesalahan sila bagi tahu saya, sekurang-kurangnya saya dapat belajar dari kesilapan..thank you. XD
SHARING IS CARING ^_^

No comments:

Post a Comment