layout

Thursday, April 4, 2013

Perangai Wanita Yang Lelaki Suka =)



Salam 1Malaysia dan salam kebahagiaan kepada pembaca blog saya yang sudi menunggu update dari saya. Setelah lama berhabuk blog nie, akhirnya saya ada masa untuk update entry baru. Biasalah saya ini kadang-kadang busy sampai tiada masa untuk update blog. Kepada yang memahami saya, memang akan faham saya macam mana.

Kali ini entry saya sangat menarik tajuknya 'Perangai Wanita Yang Lelaki Suka' , kalau nak tahu menarik atau tidak kena baca dulu baru tahu. Seperti mana yang kita tahu, bila kita ingin mengenali seseorang atau menjalinkan sesuatu hubungan itu dengan lebih rapat, kita mesti kena kenal hati budi masing-masing dahulu. Bila dah kenal hati budi dan selesa dengan perangai masing-masing baru akan timbul rasa keserasian dalam diri tanpa ragu-ragu untuk rapat. Di bawah ini ada contoh perangai perempuan yang lelaki suka dan selesa bila bersama. Baca dan renungkan.

Antara perangai perempuan yang lelaki suka dan selesa bila bersama :-

1. Keanak-Anakkan 
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Yang paling penting sebab nampak comel.

 2. Penuh Pengertian 
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

 3. Menghargai 
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

 4. Menjaga Penampilan 
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

 5. Pandai Berbicara 
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

 6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri 
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

 7. Menghormati Diri Sendiri
 Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

 8. Simpati dan Prihatin 
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

9. Kejujuran dan Keikhlasan
Lelaki lebih tertarik pada wanita yang jujur dan ikhlas dalam setiap perbuatannya kerana sifat ini akan mencerminkan keperibadian seseorang melalui hati.

BERMACAM jenis WANITA ada didunia ini TAPI nak jumpa PILIHAN HATI memang SUSAH

:: BUKAN nak MEMILIH tapi kena BERHATI-HATI ::

Saya ingin minta maaf kalau dalam penulisan ini ada yang terguris dan terasa hati, saya tiada niat pun nak buat macam itu. Niat saya hanya sekadar berkongi. Sharing is Caring. Saya tulis ini berdasarkan kajian dan pengalaman yang telah saya alami sendiri. Ada banyak lagi perangai yang boleh saya tulis tapi saya ambil yang penting sahaja. Kalau anda semua nak berkongi untuk tambah idea saya sudi menerima dengan hati yang terbuka. Wasalam. Take Care. =)



Tuesday, October 9, 2012

Untuk yang TERISTIMEWA :: For the SPECIAL ONE

Ini adalah saya still SINGLE dan sedang MENCARI orang teristimewa yang bakal menjadi milik saya satu hari nanti. Tapi saya masih BELUM MENJUMPAI wanita yang bakal saya miliki HATINYA.


Andainya satu hari nanti jika saya telah menjumpai seseorang yang teristimewa........
Awak adalah TEMAN ISTIMEWA bagi saya. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih. Walaupun saya tak pernah dengar awak menangis tapi awak cakap dekat saya yang awak ini lain dari yang lain. 

Awak tidak pernah untuk memutuskan hubungan kita. Namun ibarat pepatah, suatu perhubungan yang jujur dan ikhlas tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti saya akan dicari semula. Saya tidak pernah membuang teman tetapi kadang-kadang teman itu yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam satu perhubungan.

Saya banyak belajar erti kejujuran, keikhlasan, keagamaan dan persahabatan dalam hubungan ini. Kalau dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam suatu perhubungan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seseorang terluka. Awak kena pandai menjaga hati seseorang supaya awak tidak akan kehilangan erti perhubungan yang sebenar.

Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan…. 

Kalau satu hari awak menangis…beritahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak. Kalau satu hari awak ada masalah, awak bagi tahu saya, saya tak janji nak bagi penyelesaian tapi awak boleh kongsi dengan saya. Kalau satu hari awak nak pergi berjalan, bagi tahu saya, saya bukan nak halang awak tapi…........saya boleh teman awak dan menjaga awak. 

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak.

Tapi kalau satu hari awak perlukan saya dan saya tak muncul-muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu dan saya pula perlukan “hadiah” yang ISTIMEWA dari awak iaitu DOA dan AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN yang keluar dari mulut orang yang paling ISTIMEWA dalam hidup saya.

Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak. Awak kena ingat bahawa, perhubungan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam suatu perhubungan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang teman dalam hidup awak.

Akhir sekali, jika suatu saat nanti saya adalah pemilik tulang rusuk kiri awak dan tercatat di Luh’ Mahfuz bahawa awak akan menjadi yang HALAL buat saya, saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana telah menjodohkan saya dengan pasangan yang boleh memberikan kebahagiaan kepada saya dan saya tak akan sia-siakannya....

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar~♥
Kita hanya mampu MERANCANG.....
JODOH itu RAHSIA Allah, ALLAH yang menentukan SEGALANYA :')

Tuesday, October 2, 2012

Jangan "TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN"


Salam 1Malaysia dan salam kebahagian, kali ini entry saya berkisah tentang KESEMPURNAAN. Apa itu SEMPURNA bagi kamu? Tak tahu nak jawab? Search dekat Google, confirm ada jawapan..hehe :D
Kalau tanya saya sempurna itu apa bagi saya, adalah seperti dibawah...terimalah~
___________________________________________________________________

Kamu memancing ikan dengan penuh KESABARAN. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia sudah cukup untuk keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA ia akan mengekalkan hubungan kamu dan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain?? Jika kamu terlalu ingin mengejar ketamakkan dan keenakan makanan itu, pasti nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu serta MENYAYANGIMU dan MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah dan cuba untuk MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Adakah sebab anda terlalu mengejar kesempurnaan? Terimalah seadanya. Nanti kamu juga yang akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain, lalu kamu juga yang akan MENYESAL. :’)
___________________________________________________________________

So, macam itu apa yang dikatakan sempurna tapi kita jangan mencari yang terlalu sempurna kerana tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini. Cukuplah sekadar kita bersyukur atas segala nikmat yang Tuhan berikan tapi tak salah untuk kita berusaha untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

: : I AM NOT PERFECT BUT TRYING TO BE THE BEST : :

Wednesday, September 26, 2012

Hormatilah Wanita Di Dalam Facebook...


Salam 1Malaysia kepada pembaca blog saya, tiba-tiba rindu pulak saya dekat pembaca saya. Saya rindu korang, korang rindu saya tak..? hahaha..gatal giler :P . Ok la saya nak cepat nie, maklum la sekarang ini dah busy sangat. Saya just nak share something yang bermanfaat kepada pembaca saya semua. Kisah ini saya terjumpa dan saya dah baca dari seorang penulis ini, lepas itu saya rasa best. So, saya share dekat sini. Hayatilah :)
______________________________________________________________________________

                "Kenapa awak tak balas mesej saya? Awak sibuk ke?" soal Amri dengan penuh rasa bingung. Hairan dengan sikap Atikah yang sungguh berbeza dengan wanita lain yang sebelum ini dikenalinya di dalam Facebook.           
                "Saya sebenarnya tak berapa selesa chatting dengan lelaki kalau tak ada urusan penting. Harap awak faham." balasnya Atikah. Itulah jawapannya apabila diajak berbual di dalam Facebook.
                "Ouh begitu rupanya. Maafkan saya. Terima kasih kerana ingatkan saya. Salam." balas Amri.
                "Wasalam." balas Atikah mengakhiri bicara.
                Lama juga Amri terfikir akan perbualan ringkas itu tetapi seribu satu macam pengajaran yang berlegar dalam fikirannya. Tetapi selepas duduk termenung seketika memikirkan perkara itu, barulah dia sedar bahawa kejadian itu merupakan aturan Allah SWT yang sungguh berhikmah dalam kehidupannya.
                Mungkin reaksi Atikah sungguh berbeza dengan wanita lain yang dikenalinya sebelum ini di dalam Facebook. Tetapi itu merupakan satu keistimewaan Atikah kerana dia begitu bersungguh-sungguh dalam menjaga tingkah lakunya sungguh pun di alam maya. Atikah jelas tidak mahu berbual perkara yang sia-sia kerana perkara yang sia-sia itu mungkin akan menbawa perbualan mereka itu kearah maksiat iaitu zina hati. Lama juga Amri memikirkan perkara itu.
                Amri juga menyedari bahawa cara mengenali seseorang wanita mestilah diperhalusi dengan sebaik mungkin biarpun niat di dalam dirinya ingin mengenali hati budi Atikah bagi dijadikan pasangan hidup. Amri sedar bahawa dia terlepas pandang akan perkara itu. Matlamat tidak menghalalkan cara. Wanita seperti Atikah itu sewajarnya diberi penghormatan dengan cara yang lebih terhormat. Jika dia benar-benar mahu menjadi mengenali Atikah untuk dijadikan pasangan hidup maka seharusnya dia berjumpa dengan keluarga Atikah. Itu adalah lebih baik daripada memilih saluran perkenalan yang berkemungkinan besar menjerumuskan mereka ke kancah zina hati.
                Lagipun Amri sudah pernah melihat Atikah dan tertarik dengan akhlaknya. Itu sudah cukup untuk dirinya jika ingin mengenali Atikah bagi dijadikan pasangan hidup. Maka sebaiknya dia perlu berjumpa dengan ibubapa Atikah jika niatnya benar-benar ingin mencari redha Allah SWT dalam usaha mencari pasangan hidup.
* Mungkin ramai dikalangan pengguna Facebook menggunakan laman sosial ini untuk mencari jodoh. Tetapi jika niat di dalam hati benar-benar ingin mencari pasangan hidup melalui cara yang diredhai Allah SWT, maka perhalusilah kembali jalan yang kita ambil. Carilah jalan yang terhindar daripada maksiat.
                Sesungguhnya penulisan ini hanyalah perkongsian ringkas yang mungkin dapat dijadikan renungan dalam proses kita memuhasabah diri. Buat lelaki, hormatilah wanita. Buat wanita, jangan biarkan kehormatan diri anda dipermainkan. Jagalah kehormatan diri biarpun di alam maya. Maaf seandainya terkasar bahasa dan menyinggung hati pembaca. Terima kasih...
Mohon ditegur jika ada tersalah susunan ayat atau penyampaian dalam penulisan ini...

Ditulis oleh Muhammad Hafizan Bin Abdul Halim
____________________________________________________________________________

As a conclusion, we must respect people not just a woman we must respect but we must respect everybody. Lagi pun orang ada cakap, macam mana orang nak hormat kita kalau kita tak hormat orang...

Lastly what can I say is.................

                     HORMAT DIRI SENDIRI
                     HORMAT IBUBAPA
                     HORMAT KELUARGA
                     HORMAT RAKAN
                     HORMAT AGAMA
                     HORMAT BANGSA
                     HORMAT NEGARA

:: RESPECT ::
TO GET IT, YOU MUST GIVE IT FIRST.

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)



Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog saya, seperti yang kita semua tahu kita semua terutamanya kepada yang Muslim akan menyambut hari raya pada 19/8/2012, Ahad . Picture yang dekat atas itu, kad raya saya. Cantik tak? Penat edit for a whole day demi anda semua. Mesti pada malam Sabtu, semua orang menunggu pakcik yang dalam TV announce raya kan? Lepas sahaja announce, kita semua pakat cium dahi pakcik itu..haha :D

Kali ini saya tak berminat nak tulis panjang-panjang, anda semua mesti sibuk nak buat kuih raya la, langsir raya la, kemas rumah la dan sekutu dengannya. So, saya tulis pendek sahaja untuk entry kali ini. By the way, tahun ini saya tak balik kampung pun. Saya beraya dekat rumah saya yang ke-2 di Sg.Buloh, nanti kalau rajin jemput la datang ye. Nak duit raya tak? nak duit raya kena datang..hee

Akhir kata, saya dengan ini menyusun sepuluh jari ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada salah dan silap harap di maafkan ok. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, cuma sama ada kita sedar atau pun tidak. Paling penting jangan main mercun, elok raya ada tangan nanti tak ada tangan pula. Kepada yang pulang ke kampung halaman tu, berhati-hati di jalan raya dan patuhi isyarat jalan raya. Kalau mengantuk, berhenti rehat dulu di R&R, minum kopi free di stesen minyak tepi-tepi highway. Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Saya sayang anda semua dan anda pasti sayangkan orang yang anda sayang.

-: : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI : :-
-: MAAF ZAHIR DAN BATIN :- 

SALAM IKHLAS DARI : ABDUL HISYAM BIN GHAZALI a.k.a SMARTBOY

Wednesday, June 27, 2012

Ujian Komputer JPJ saya FAIL..!! T_T


Salam 1Malaysia!!
Saya kali ini nak berkongsi masalah saya dengan anda semua. Masalah saya ini rasa geram pun ada, rasa lawak pun ada..tapi rasanya campur dua-dua kot..haha..Masalah saya ialah masalah untuk ambil lesen kenderaan. Lawakkan sekarang baru saya nak ambil lesen? Orang kebanyakkannya lepas SPM terus ambil lesen tapi saya tak pun..Saya target dapat lesen kapal terbang dulu..KAU ADA?!! hihi..tapi disebabkan perang psychology dengan orang sekeliling..so, saya pergi ambil lesen motor dulu..kereta nanti la..haha.
Pada 28/6/2012,
Selepas saya dengar ceramah selama 8jam, memang rasa menyampah gila and rasa nak keluar pun ada bila dengar ceramah tu..nasib baik dah dengar, tapi lepas tu kena buat ujian komputer JPJ pula dah..memang saya tak baca langsung buku JPJ tu, dengan yakin boleh jawab pakai logik.

Soalan mula-mula dia test pasal warna dan penglihatan, memang senang saya jawab macam makan kacang je..tapi bila start soalan pasal statik + sistem kejara + entah sistem apa lagi tanya saya pun tak tahu..memang blank terus..memang jawab guna pemikiran tersangat logik..haha..lepas jawab soalan, dengan yakin saya tak semak balik jawapan..dah confident betul..haha..dengan harapan paling kuat pun dapat 45/50 je tapi saya dapat 35/50..ppeergghhhh!!! hancur hatiku..malu pun ada..dah la markah lulus at least 42/50..memang agak sedih la sebab nak kena repeat balik + kena bayar RM30..uhuhu

*korang mesti gelak kan..ok fine~ uhuhu

So, the conclusion kena rajin baca buku JPJ..hahaha..tapi lepas ini saya nak download software ujian JPJ, boleh buat latihan dekat rumah..Kalau ada yang nak download SOFTWARE UJIAN JPJ klik link dekat bawah ini..

SEMOGA BERJAYA KEPADA YANG BARU NAK AMBIL LESEN :)
: : Wasalam : :

Tuesday, June 26, 2012

Salah SIAPA..?


Salam 1Malaysia kepada pembaca setia blog saya, kali ini saya ingin berkongsi tentang masalah seks bebas yang sehingga boleh menyebabkan pembuangan bayi yang kian meningkat di negara kita. Perkara ini sering mendapat perhatian media dan pihak berkuasa tetapi manusia tetap menganggap sebagai perbuatan ini sebagai perbuatan yang remeh dan dipandang ringan. Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? adakah lelaki? perempuan? ibubapa? fikir-fikir dan renung-renungkan..

Ketika saat melihat seorang bayi comel, gembiranya di dalam hati. Bahkan bagi wanita yang belum mempunyai cahaya mata pasti meronta-ronta di sudut jiwanya mendambakan kurniaan indah ini. Kala mendukung seorang bayi comel, merasa sangat berhati-hati. Bahkan untuk membuatkan bayi itu rasa selesa sedikit pun menjadi kerisauan. Ada sebilangan ibu berkata, "Nak jentik pun tak sanggup walaupun dia nakal." Begitu tinggi sifat sayang dalam diri seorang manusia.

Namun, masih tersisakah sifat sayang keturunan Adam dan Hawa ini andai kelahiran anak bukan lagi sesuatu yang menjadi kebanggaan dan kebahgiaan ? Kelahiran anak diaanggap seperti kewujudan malapetaka, lalu rela menjadi pembunuh bayi yang tidak berdosa hanya kerana ingin menjaga nama dan takut dihina dan dikeji masyarakat. Betapa dunia semakin kejam.

Setiap kali berlaku kes jenayah, pasti hukuman juga yang dibangkitkan kebanyakkan pihak. Baru-baru ini hukuman mandatori telah dicadangkan bagi memberi keinsafan dan amaran kepada manusia tidak berhati perut yang membuang bayi hingga menyebabkan kematian. Cadangan ini disambut baik oleh pelbagai pihak. Bagi saya, saya amat setuju sekali dengan cadangan itu sebab perbuatan ini bermain dengan nyawa. Nyawa sepatutnya dibalas dengan nyawa.

Kadang-kadang pembuangan bayi ini berpunca daripada aktiviti sosial yang berlebihan sehinggakan maruah tergadai seperti aktiviti seks bebas. Pasangan bercouple yang kononnya cinta sampai mati dan kononnya juga cinta sampai syurga sanggup menggadaikan maruah mereka demi untuk membuktikan cinta sejati mereka kepada pasangan. Adakah mereka ini tidak ada otak untuk memikirkan mana satu yang baik dan mana satu yang jahat?

Saya tidak menyalahkan perempuan atau lelaki dalam hal ini, sebab mungkin kedua-duanya bersalah. Kalau nak bercouple sangat jaga la batas-batas pergaulan, fikir sikit yang anda masih belum mempunyai hak yang sah dan halal untuk melakukan "benda (seks)" itu. Jika kita melakukan seks bebas ini, kita dikira sebagai  berzina. Berzina itu seperti mana yang kita tahu memang berdosa besar. So, ingatlah kawan-kawan, saya berharap anda semua tidak melakukan perkara itu. Untuk lebih lanjut dan untuk memastikan sama ada salah lelaki atau salah perempuan, jom kita tengok video ini bersama-sama..


: : Wasalam : :