layout

Wednesday, September 26, 2012

Hormatilah Wanita Di Dalam Facebook...


Salam 1Malaysia kepada pembaca blog saya, tiba-tiba rindu pulak saya dekat pembaca saya. Saya rindu korang, korang rindu saya tak..? hahaha..gatal giler :P . Ok la saya nak cepat nie, maklum la sekarang ini dah busy sangat. Saya just nak share something yang bermanfaat kepada pembaca saya semua. Kisah ini saya terjumpa dan saya dah baca dari seorang penulis ini, lepas itu saya rasa best. So, saya share dekat sini. Hayatilah :)
______________________________________________________________________________

                "Kenapa awak tak balas mesej saya? Awak sibuk ke?" soal Amri dengan penuh rasa bingung. Hairan dengan sikap Atikah yang sungguh berbeza dengan wanita lain yang sebelum ini dikenalinya di dalam Facebook.           
                "Saya sebenarnya tak berapa selesa chatting dengan lelaki kalau tak ada urusan penting. Harap awak faham." balasnya Atikah. Itulah jawapannya apabila diajak berbual di dalam Facebook.
                "Ouh begitu rupanya. Maafkan saya. Terima kasih kerana ingatkan saya. Salam." balas Amri.
                "Wasalam." balas Atikah mengakhiri bicara.
                Lama juga Amri terfikir akan perbualan ringkas itu tetapi seribu satu macam pengajaran yang berlegar dalam fikirannya. Tetapi selepas duduk termenung seketika memikirkan perkara itu, barulah dia sedar bahawa kejadian itu merupakan aturan Allah SWT yang sungguh berhikmah dalam kehidupannya.
                Mungkin reaksi Atikah sungguh berbeza dengan wanita lain yang dikenalinya sebelum ini di dalam Facebook. Tetapi itu merupakan satu keistimewaan Atikah kerana dia begitu bersungguh-sungguh dalam menjaga tingkah lakunya sungguh pun di alam maya. Atikah jelas tidak mahu berbual perkara yang sia-sia kerana perkara yang sia-sia itu mungkin akan menbawa perbualan mereka itu kearah maksiat iaitu zina hati. Lama juga Amri memikirkan perkara itu.
                Amri juga menyedari bahawa cara mengenali seseorang wanita mestilah diperhalusi dengan sebaik mungkin biarpun niat di dalam dirinya ingin mengenali hati budi Atikah bagi dijadikan pasangan hidup. Amri sedar bahawa dia terlepas pandang akan perkara itu. Matlamat tidak menghalalkan cara. Wanita seperti Atikah itu sewajarnya diberi penghormatan dengan cara yang lebih terhormat. Jika dia benar-benar mahu menjadi mengenali Atikah untuk dijadikan pasangan hidup maka seharusnya dia berjumpa dengan keluarga Atikah. Itu adalah lebih baik daripada memilih saluran perkenalan yang berkemungkinan besar menjerumuskan mereka ke kancah zina hati.
                Lagipun Amri sudah pernah melihat Atikah dan tertarik dengan akhlaknya. Itu sudah cukup untuk dirinya jika ingin mengenali Atikah bagi dijadikan pasangan hidup. Maka sebaiknya dia perlu berjumpa dengan ibubapa Atikah jika niatnya benar-benar ingin mencari redha Allah SWT dalam usaha mencari pasangan hidup.
* Mungkin ramai dikalangan pengguna Facebook menggunakan laman sosial ini untuk mencari jodoh. Tetapi jika niat di dalam hati benar-benar ingin mencari pasangan hidup melalui cara yang diredhai Allah SWT, maka perhalusilah kembali jalan yang kita ambil. Carilah jalan yang terhindar daripada maksiat.
                Sesungguhnya penulisan ini hanyalah perkongsian ringkas yang mungkin dapat dijadikan renungan dalam proses kita memuhasabah diri. Buat lelaki, hormatilah wanita. Buat wanita, jangan biarkan kehormatan diri anda dipermainkan. Jagalah kehormatan diri biarpun di alam maya. Maaf seandainya terkasar bahasa dan menyinggung hati pembaca. Terima kasih...
Mohon ditegur jika ada tersalah susunan ayat atau penyampaian dalam penulisan ini...

Ditulis oleh Muhammad Hafizan Bin Abdul Halim
____________________________________________________________________________

As a conclusion, we must respect people not just a woman we must respect but we must respect everybody. Lagi pun orang ada cakap, macam mana orang nak hormat kita kalau kita tak hormat orang...

Lastly what can I say is.................

                     HORMAT DIRI SENDIRI
                     HORMAT IBUBAPA
                     HORMAT KELUARGA
                     HORMAT RAKAN
                     HORMAT AGAMA
                     HORMAT BANGSA
                     HORMAT NEGARA

:: RESPECT ::
TO GET IT, YOU MUST GIVE IT FIRST.