layout

Tuesday, November 29, 2011

Histeria KMKN : Gangguan Jin atau Ganguan Psikologi ??


Salam 1Malaysia kepada semua rakan saya yang tidak jemu untuk menunggu entry baru saya. Entry kali ini, berkisah tentang histeria yang telah berlaku di kolej saya. Sudah 2 hari berturut-turut, kolej saya diserang histeria. Histeria yang paling teruk sekali pada hari Selasa iaitu pada 29/11/2011 (semalam) dan ditambah lagi dengan keadaan blackout, boleh dikatakan satu kolej blackout. Keadaan ketika itu memang suram dan dingin.

Pada malam ini, saya tidak dapat menjangka sama ada histeria ini akan berlaku lagi atau tidak. Peristiwa ini telah merisaukan semua warga kolej terutamanya pelajar perempuan di kolej saya — apa sebenarnya berlaku?

Dua pakar dalam dua bidang berlainan yang ditemui Harian Metro memberi jawapan berbeza terhadap persoalan itu berdasarkan kepakaran masing-masing.

“Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, pula berkata masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan perasaan.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja,” katanya.

Ikuti ulasan lanjut mereka berhubung fenomena ini yang kini mencemaskan masyarakat, terutama ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa, kerana proses pembelajaran anak mereka terjejas berikutan sekolah terbabit terpaksa ditutup sementara waktu untuk menenangkan keadaan.

DATUK DR AMRAN KASIMIN

Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?

Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.

Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?

J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.

Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.

Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).

Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.

S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?

J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.

Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.

Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.

Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.

S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?

J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.

Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.

S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?

J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.

S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?

J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.

Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.

Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.

S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?

J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.

Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.

S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?

J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.

S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?

J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.

S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?

J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.

Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”

S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?

J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.

Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.

S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?

J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.

S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?

J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.

S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?

J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.

S: Apakah jenis-jenis jin?

J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

PROFESOR DR MOHAMAD HUSSAIN HABIL

Histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara, terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata perkara ini berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.

Menurutnya, masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut. Walaupun faktor kejutan budaya turut memainkan peranan, kebanyakan kes histeria disebabkan masalah psikologi dan tekanan perasaan.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja.

“Dulu saya selalu menerima pesakit histeria dari kalangan pekerja kilang dalam kuantiti ramai, terutama ketika Lembah Klang baru mula membangun. Kini kes histeria boleh dikatakan hilang sama sekali sehinggalah kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan pelajar sekolah.

“Masalahnya ialah masih ramai percaya histeria disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau penunggu sehingga pesakit lambat dibawa mendapatkan rawatan.

“Jika dibiarkan, lebih ramai akan mengalami gangguan ini kerana jeritan atau gejala histeria boleh mempengaruhi orang lain terutama bagi yang lemah semangat,” katanya.

Dr Hussain berkata, gejala histeria di kalangan pelajar sekolah berlaku kerana wujudnya unsur perpindahan dari kampung ke bandar dan setiap orang pasti ada kepercayaan terhadap perkara mistik tersendiri, walaupun punca sebenarnya mungkin disebabkan tekanan perasaan akibat masalah keluarga, teman lelaki atau terlalu bimbang untuk menghadapi peperiksaan.

“Usah bawa pelajar yang terkena histeria berjumpa bomoh kerana ia gangguan psikologi. Lebih cepat pelajar diberi rawatan, lebih mudah masalah histeria dikawal dan ia dapat mengelaknya mempengaruhi pelajar lain,” katanya.

Cara rawatan histeria juga mudah. Langkah pertama ialah mengasingkan individu yang mula-mula mengalami histeria dan pengasingan ini boleh dilakukan dengan memberi cuti atau dibawa segera ke hospital untuk diberi rawatan di klinik psikiatri. Biasanya pelopor kes histeria berkenaan dimasukkan ke wad dan dirawat hingga pulih.

Dr Hussain berkata, cara lain yang boleh dilakukan ialah berpindah sekolah atau menghantar pelajar berkenaan balik ke sekolah di kampungnya di mana dia berasa lebih selesa, tenteram dan selamat.

Jika histeria berlaku di kalangan guru, langkah penting yang perlu diambil selain memberi rawatan ialah memindahkannya ke sekolah lain.


Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin, Fuad Hadinata Yaacob dan Shamran Sarahan dari Harian Metro.


Itu sahaja yang dapat saya kongsi kepada anda semua untuk kali ini dan saya berharap kepada semua pelajar kolej saya agar tabah menghadapi peristiwa seperti ini, mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku. Keraplah membaca ayat kursi, ayat pendinding dan kerap membaca Al-Quran, agar diri kita sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T...Selamat Beramal..Wasalam.. ^_^
Wasalam

Saturday, November 26, 2011

Fadhilat Bulan Islam : Muharram

Salam 1Malaysia dan salam awal muharram 1433 Hijrah, entry saya kali ini tentang fadhilat bulan Muharram...


Muharram bererti diharamkan. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kiraan tahun Qamariah (Hijriah) dan salah satu dari empat bulan yang dihormati.

Doa Awal Tahun:

1 Muharram adalah permulaan kiraan tahun hijrah, maka pada tarikh ini setiap umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun. Waktunya ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Mahgrib. Doa tersebut ialah:

Maksudnya: Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan Pentadbira seluruh alam, rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan atas penghulu kami nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya sedia lagi ada, tiada permulaan, kelebihan-Mu Maha Besar dan Kemurahan-Mu amat limaph yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu ammarah (nafsu yang mendorong kepada jalan-jalan kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu Ya Allah rasa sedia ada ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia, Ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat dan juga sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian, segala pujian itu bagi Allah, Tuhan Pentadbiran seluruh alam.
Sumber : Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darussalam

Download DOA AWAL MUHARRAM
http://www.4shared.com/document/PQ3YDB0W/Doa_Awal_Muharram.html

Semoga hidup kita lebih diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T untuk tahun baru Islam ini...
Wasalam dan selamat beramal ~
SELAMAT TAHUN BARU DAN SALAM MA'AL HIJRAH ^_^

Thursday, November 24, 2011

Human Limit ( Had Manusia ) ^_^

Salam 1Malaysia..today is my first time writing my entry in english and if have any grammar error, I am sorry.. ^_^ . Today I would like to share something that you wouldn't expect. Maybe you want to know What is Human Limit? 


Before that I would like to share you a story about human limit. A 64 years old Duluth woman fell on the ice last December. Arthritis kept her from getting up. She lay in the snow for hours. Her temperature dipped to 70˚F. Her heart stopped. She should have been a goner. But doctors revived her, today she is fine.

Medical science is always learning more about how much a body can take. Yet as Duke University physician Claude Piantadosi notes, "At some point it's impossible to rescue yourself." Here's current thinking on the extremes of human endurance.

Body Heat ( 107.6˚F )
When core body temperature hits 107.6˚F, heatstroke can't be reversed and prove fatal.

Cold Water ( 40˚F )
Water saps body heat. You'd last barely 30 minutes in a 40˚F sea. Life vest buoy you up to slow heat loss.

Hot Air ( 300˚F )
In a burning building or deep mine, adults can take 10 minutes at 300˚F. Kids soon succumb in a 120 car.

High Altitude ( 15000 feet )
Consciousness fades for most. With bigger lungs and more blood cells, highland dwellers are OK.

Diving Deep ( 282 feet )
Without equipment, most folks black out before 2 minutes and below 60 feet. The best free diver made it to 282 feet.

Lack of Oxygen ( 11 minutes )
Typically, you'd pass out within 2 minutes. With training, people can hold their breath nearly 11 minutes.


Blood Loss ( 40% )
You can survive after spilling 30 percent. At 40 percent, you'd need an immediate transfusion.

Starvation ( 45 days )
Lose 30 percent of body weight and death is imminent, trough disease will likely kill you before you starve.

Dehydration ( 7 days )
Every cell needs water. Replace the quart or so you lose daily, or you won't last much more than a week.

#Most number are estimates for a 150-pound male with no special gear
*National Geographic

That's all what I want to share for you and I hope we will meet again in another entry..TAKE CARE
Wasalam.. :)


Sunday, November 20, 2011

Bersih gigi elak strok ^_^

Salam 1Malaysia kepada semua rakan saya yang setia menanti...entry kali ini saya nak cerita tentang kesihatan, pelikkan seorang bakal engineer nak tulis entry tentang kesihatan..selalunya doctor yang tulis entry pasal kesihatan, ini terbalik pulak..pun boleh!!!hehe ^_^


Back to our topic, u all semua mesti rasa pelik kenapa kalau kerap gosok gigi boleh elak strok kan? mula-mula saya sendiri pun macam tidak percaya dengan benda ini tapi memang kenyataan, nak buat macam mana kan.. :) Kebiasaannya orang yang selalu berjumpa dengan doktor gigi untuk membersihkan plak pada gigi dan juga dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit strok atau jantung.

Kajian yang dilakukan oleh ahli kardiologi di Taipei, Taiwan baru-baru ini mendapati bahawa dengan menggosok gigi kita dapat mengurangkan pertumbuhan bakteria penyebab penyakit (strok dan sakit jantung). "Membersihkan plak pada gigi secara rutin merupakan satu cara untuk mencegah strok dan penyakit jantung," kata pakar jantung di Taipei, Dr. Emily Chen.

Dalam kajian yang dilakukan, Chen mendapati bahawa mereka melakukan rutin berjumpa dengan doktor gigi dua kali setahun mempunyai risiko 24 peratus lebih rendah untuk terkena serangan jantung dan 13 peratus lebih rendah untuk terkena strok. Pengkaji juga menemui bahawa sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, ia dapat meningkatkan risiko serangan jantung. Selain itu, mereka yang mempunyai masalah gusi berdarah akan menyebabkan risiko mendapat strok adalah tinggi.

As a conclusion,
- selalu gosok gigi
- kerap melakukan pemeriksaan gigi dengan doktor gigi
- jaga kebersihan mulut supaya SENYUMAN lebih menawan

But don't forget to wait for my new entry..!!! Wasalam.. ^_^

Wednesday, November 2, 2011

Penting dan Perlu Kita Tahu~♥

Salam 1Malaysia semua..!! entry kali ini saya ingin menceritakan tentang kehebatan dunia disekeliling kita, mungkin kita sudah tahu atau belum tahu kerana dalam dunia ini penuh dengan 'ter'. Terbesar, termaju, tertinggi, terkecil, terdalam, terbanyak dan pelbagai jenis ' ter' lagi yang mewarnai dunia. Antaranya ialah seperti yang dibawah ini..Jom kita baca ^_^




London : Pusat membeli-belah dunia
Bukan New York atau Paris. Tetapi London yang muncul sebagai pusat membeli-belah dunia dengan jualan tahunannya memcecah hampir RM400 billion. Hasil jualan di Tokyo, London, New York dan Paris pula mewakili 52 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan di 22 destinasi membeli belah paling popular di seluruh dunia. London merupakan tumpuan peniaga utama dunia dengan 138 daripada 250 jenama terkemuka dunia boleh didapati di lokasi membeli-belah utama kota raya itu. Penduduk London juga dikatakan pembeli terbesar dan membelanja lebih untuk fesyen berbanding penduduk Paris dan New York.


United State : Pusat Billionaire
Kali terakhir dikira, United State (US) didiami 396 billionaire, yang paling tinggi berbanding mana-mana negara didunia. Tetapi laporan kekayaan yang dikendalikan oleh Knight Frank dan Citi Private Bank menunjukkan India dan Russia kini dalam proses melahirkan lebih ramai billionaire. Jumlah billionaire di Russia bertambah 30 peratus setiap tahun. China berada di tangga kedua dengan sejumlah 72 orang billionaire meningkat 142 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Indonesia : Pusat Facebook dunia
Fakta ini mungkin ramai yang tidak tahu. Tetapi realitinya, Indonesia mempunyai pengguna Facebook terbanyak di dunia yang kini hampir 153 juta orang. Terdapat hampir 39.1 juta penduduk Indonesia memiliki akaun Facebook, iaitu pertambahan daripada 22.4 juta pada tahun lalu. Indonesia juga mempunyai rekod pangkalan data termuda berbanding mana-mana negara di dunia. Malaysia berada pada kedudukan ke-17 dengan 11.4 juta pengguna Facebook.




South Korea : Dunia Internet
Daripada tiga orang penduduk South Korea, seorang daripadanya akan melayari internet. Menurut maklumat daripada Yayasan Teknologi dan Inovasi negara itu, South Korea merupakan negara yang paling pesat berkembang dalam rangkaian jalur lebar di dunia. Tempat-tempat sekitar Incheon dan Seoul misalnya menikmati kelajuan internet hingga 100 Mbits per saat. Untuk perbandingan di Malaysia kelajuannya 20 Mbits per saat. Kajian sedang dilakukan kini untuk meningkatkan kelajuan di South Korea kepada satu gigabits per saat menjelang 2012.


Hong Kong : Kota iPad  
Populariti Apple iPad memang sukar dibendung. Ia menimbulkan keghairahan orang untuk memilikinya di seluruh dunia. Namun semua keghairahan itu tidak mampu menandingi Hong Kong. Berdasarkan bancian yang dilakukan pada Julai lalu, ekoran pelancaran iPad2, seorang daripada enam penduduk Hong Kong atau 17 peratus daripada populasinya memiliki gajet tersebut. Ia adalah enam kali ganda lebih tinggi berbanding negara-negara lain yang dengan purata hanya tiga peratus penduduk memiliki iPad. Malah di United State hanya 5.3 peratus penduduk memiliki iPad. Sementara tanah besar China pula hanya 2.1 peratus penduduk memiliki gajet itu.


Tasmania : Pusat udara paling bersih
Di Tasmania, Australia ia bukan sekadar memiliki kubu-kubu lama. Pulau di selatan negara Kangaroo itu memiliki tiupan angin yang cukup segar yang menjadikan Australia sebagai negara yang memiliki udara yang paling bersih di dunia. Angin yang bertiup ribuan kilometer dari Lautan Selatan tidak menyentuh sebarang permukaan tanah berhari-hari sehingga ia sampai di Tanjung Grim di Tasmania. Ia membawakan angin yang bersih dan sedar apabila bertemu daratan yang hangat di tanjung tersebut. Ia menghasilkan hujan yang juga dikatakan air paling bersih yang boleh ditemui di dunia.


Amsterdam : Ibu Kota dengan lelaki paling tinggi
Lebih 100 tahun lalu, 25 peratus lelaki Belanda yang mahu menyertai tentera ditolak kerana terlalu rendah. Purata ketinggian mereka kurang daripada 1.57 meter. Tetapi sesuatu yang luar biasa telah berlaku apabila lelaki di negara itu kini mencapai ketinggian yang luar biasa. Purata ketinggian lelaki dewasa di Belanda kini ialah 1.85 meter, iaitu yang tertinggi di dunia. Denmark berada di tempat kedua dengan purata ketinggian lelaki dewasanya ialah 1.83 meter.


New Zealand : Penuh dengan haiwan ternakan
New Zealand sentiasa mempunyai lebih banyak biri-biri daripada manusia. Peratusnya ialah 20 biri-biri bagi seorang manusia. Tetapi sekarang mereka memiliki satu lagi haiwan ternakan yang mengatasi jumlah penduduknya. Ketika bilangan biri-biri makin menurun walaupun masih mengatasi jumlah manusia, rekod menunjukkan negara itu mempunyai 5.8 juta ekor lembu tenusu pada 2009. Ia menunjukkan hampir setiap penduduk negara itu yang berjumlah 4.3 juta memiliki seekor lembu. Ia hasil peningkatan industri tenusu.


Antwerp : Pusat berlian dunia 
Dianggarkan 80 peratus berlian mentah dan 50 peratus berlian yang telah dipotong dan dikendalikan di bandar raya di Belgium ini. Setiap tahun kira-kira 130,000 carat berlian atau 26,000 kilogram berlian dilombong di seluruh dunia dengan nilai keseluruhan AS$9 billion. Kira-kira 49 peratus daripadanya datang dari negara-negara tengah dan selatan Afrika.


Kanada : Penuh dengan Tasik
Finland dikenali sebagai negara dengan seribu tasik (ia memiliki 187,888 buah tasik) dan negeri Minnesota di United State dikatakan tanah dengan sepuluh ribu tasik. Tetapi Kanada sebenarnya yang menempatkan kira-kira 60 peratus daripada jumlah keseluruhan tasik di dunia. Ketika zaman ais rupa bumi di Kanada telah dihakis menyebabkan ia berlekuk-lekuk dengan dasarnya  adalah batu pejal. Apabila glasier cair, air akan berkumpul di kawasan yang paling rendah yang membentuk tasik-tasik kecil yang menjadi titik-titik di Kanda.


*Itu sahaja yang saya dapat berkongsi dengan anda semua dan berharap anda semua enjoy..tapi kalau ada sebarang kesalahan sila bagi tahu saya, sekurang-kurangnya saya dapat belajar dari kesilapan..thank you. XD
SHARING IS CARING ^_^