layout

Tuesday, June 28, 2011

Apa itu couple???


Salam kepada semua pembaca blog saya...post saya kali ini, best sikit tajuknya...saya pun tidak tahu sebab apa saya tiba2 nk buat tajuk pasal couple nie...hahaha...nak kata saya couple, amat mustahil sekali sebab saya tak ada girlfriend...apa2 pun baca je la...berdasarkan persoalan diatas "apa itu couple??", terdapat beberapa pandangan masyarakat yang berpendapat couple itu haram dan ada juga yang berpendapat couple itu tidak haram. Jadi, setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dan saya juga mempunyai pandangan saya sendiri. 

Bagi saya, couple merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan.Kemudian saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Akhirnya, apabila dua insan ini sudah saling suka-menyukai antara satu sama lain, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan mula untuk couple.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. 

Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing...wasalam :)