layout

Thursday, October 13, 2011

FACEBOOK for everyone XD

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?




Wednesday, October 12, 2011

Angry Bird pun ada MOVIE ke??

Salam kepada semua..!!!
Entry saya untuk kali ini memang menarik sangat..!! XD kepada penggemar burung yang comel atau lebih dikenali sebagai ANGRY BIRD, u all semua boleh la tengok movie ini yang bakal or telah dikeluarkan tetapi mungkin tidak dibawa masuk ke Malaysia kot...haha..apa-apa pun u all tengok la sendiri trailer movie angry bird ini..mungkin best or mungkin xbest...bagi saya, ok la~~
Senang cerita, tengok la sendiri dekat bawah nie.. =)

Tuesday, October 11, 2011

To My Future Wife ♥

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan lawa. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi. Kalau nak seksi pun biarlah untuk future husband seorang sahaja.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak tak tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi nak you seorang sahaja dalam hati I, itu pun sudah cukup bagi I. Lagi pun sekarang ini kos sara hidup dah tinggi, lebih baik I ada you seorang sahaja dalam hidup I sampai mati.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I am waiting for you. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan?

Yang Benar Tulus Ikhlas Setia Lagi Jujur,
YOUR FUTURE HUSBAND
(ABDUL HISYAM BIN GHAZALI)




Monday, October 10, 2011

Bahaya Tidur Buka Lampu xD

Salam semua..!!!
Hari ini saya nak share satu fakta yang menarik untuk dikongsi...mungkin ada sesetengah orang takut nak tidur bila tutup lampu dan cuma akan tidur bila lampu terbuka..sebenarnya tidur dengan lampu terbuka amat bahaya..nak tau knpa?? baca fakta yang dibawah nie...
__________________________________________________________________________________
Para saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia Pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, bepergian melintas zon masa, lampu-lampu jalanan boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mengelakkan kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan "Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun ".

Jumlah anak-anak penghidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosa menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari dibanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan produksi melatonin dimana normalnya terjadi antara jam 9 malam hingga 8 pagi. Penyelidikan terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang yang buta tidak rentan terhadap melatonin mempunyai risiko yang lebih rendah mengidap kanser. Maka para orang tua disarankan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

p/s : article ini dari bahasa indonesia, saya malas nak translate..just copy and paste =)
__________________________________________________________________________________
So, macam mana?? dah faham kenapa?? lepas ini jangan lupa tidur tutup lampu ok??
Wasalam...

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Saturday, October 8, 2011

Antara Cinta dan Cita-Cita =)

Bayangkan : andainya seseorang yang dikasihi memberi sebatang pensel untuk diasahkan, sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola ; andainya seseorang yang dicintai meminta kita datang berjumpa dengannya di kedai buku, sudah tentu kita akan pergi dengan pantas walaupun kita sedang mencuci pinggan di dapur ; andainya seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan berjenama, sudah tentu kita akan mencarinya di shopping complex walaupun kita terpaksa memecahkan tabung yang penuh dengan duit yang telah dikumpul sekian lama.

Percayalah, seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya. Hinggakan sanggup membelah badai, menongkah arus, mencantas ribut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Kata-kata di atas adalah sebagai penghubung kepada tanggungjawab yang dipercayakan. Jadi, apa yang dapat disimpulkan disini adalah jika cinta itu ada dalam diri, maka kita rela berbuat apa sahaja demi menjaga cinta kita itu. Itulah dipanggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah. 

Dari sudut psikologi, perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yang akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dalam percintaan. Simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya. Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut. Apakah tiangnya itu?? Tiangnya adalah cinta kepada Islam. Daripada cinta yang kukuh itu, dengan izin Allah S.W.T, kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini..


                                REMEMBER : Love when your ready, not when your lonely ^_^

Saturday, July 23, 2011

True Story About Pizza


Makanan yang cukup popular di seluruh dunia yang mempunyai sejarah tersendiri, namun tiada bukti jelas berkenaan asal usul perkataan 'piza'.

Pada 1889, piza adalah makanan bagi warga miskin dan belum dianggap sebagai resipi agung sehinggalah 1997 makanan ini menjadi resipi popular setelah menjadi hidangan khas yang dihasilkan Raffaele Esposito dan isterinya. Piza dipenuhi sos tomato, keju mozarella dan daun basil itu akhirnya menjadi kegemaran Ratu Itali lalu ia dinamakan piza margherita.

Tentu ramai yang menyangka piza berasal dari Itali. Sangkaan itu meleset sama sekali. Berdasarkan sejarah, masyarakat sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti roti piza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti itu diadun daripada tepung. Kemudiannya dileperkan dan dibakar atas batu yang dipanaskan dibawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila teknologi bertambah tinggi mausia telah pandai menghasilkan api dan piza dibakar.

Pada waktu itu, perkataan piza merujuk kepada alatan tukang roti yang digunakan untuk menentukan suhu oven. Piza dianggap sebagai makanan orang miskin dan dijual dijalanan.

Pada 1720, terdapat larangan untuk menjual makanan itu dan ia dilarang dibawa masuk ke istana. Semua bangsawan istana di Itali dilarang makan piza bagi menjamin kedaulatan istana. Bagaimanapun, dalam diam Raja Ferdinand I (1751-1825) mencuba makanan yang menjadi kegemaran rakyat itu dengan menyamar menjadi rakyat biasa. Baginda menyukai makanan itu dan secara terang-terangan mengakui ia sedap dan menyihatkan.

Setelah bangasawan lain mendengar khabar itu, mereka akhirnya memberanikan diri mencuba dan larangan menjual piza dihapuskan.

Selepas itu, piza semakin digemari oleh bangasawan dan golongan elit dan turut disukai oleh keluarga diraja generasi ke II, Raja Ferdinand II.

Ada juga sumber lain berpendapat, perkataan piza daripada perkataan Yunani iaitu picea. Menurut satu sumber lain pula, piza yang sempurna berlaku pada Zaman Renaisans di Napoli, Itali. Piza akhirnya dibawa ke Amerika Syarikat dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Kini piza menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia......

Wednesday, July 6, 2011

Blackout~~~~


Salam ceria kepada semua sahabat blogku....I nak cerita sikit pasal sebuah kisah yang berlaku dalam kolej I nie...memang lawak giler...hahaha...pada satu hari tu, entah macam mana..tiba-tiba satu kolej blackout...memang satu cahaya pun tidak kelihatan...lepas tu macam perasaan timbul...takut kot..tapi I and the gang tidak xtakut pun...sebaliknya, kitaorang yang kacau budak2 kolej..mmang best la..haha...kitaorang xsampai hati nak kacau budak2 kolej...so, kitaorang kacau makcik cafe la...memang lawak giler....time tu, makcik cafe nak delivery makanan..dah la dia naik motor pulak tu..haha...pada masa yang sama jugak, I and the gang ada jalan2 kat kawasan situ..so, kitaorang pun nampak makcik cafe tu, lpas tu kitaorang ambil position masing2..bila makcik tu sampai je dekat dengan kitaorang, kitaorang pun terjah la makcik tu...then, makcik tu terperanjat sambil berkata "astagfirullahhalazim~~~!!!!!!" dan makcik tu terus memecut dengan laju...hahaha...kitaorang pun gelak sampai nak pecah perut....hahaha.....tapi nasib baik makcik tu xtergolek..kalau tergolek, memang kitaorang xtahu la apa yang terjadi dengan makcik tu....hahaha...so, the conclusion is kalau blackout, ambillah peluang yang sewajarnya untuk mengacau orang..haha..tp lepas tu minta maaf la balik kepada mangsa yang kena kacau tu....sebab niat kita just for fun..hehehe..so, kita enjoy....wasalam :)