layout

Saturday, October 8, 2011

Antara Cinta dan Cita-Cita =)

Bayangkan : andainya seseorang yang dikasihi memberi sebatang pensel untuk diasahkan, sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola ; andainya seseorang yang dicintai meminta kita datang berjumpa dengannya di kedai buku, sudah tentu kita akan pergi dengan pantas walaupun kita sedang mencuci pinggan di dapur ; andainya seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan berjenama, sudah tentu kita akan mencarinya di shopping complex walaupun kita terpaksa memecahkan tabung yang penuh dengan duit yang telah dikumpul sekian lama.

Percayalah, seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya. Hinggakan sanggup membelah badai, menongkah arus, mencantas ribut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Kata-kata di atas adalah sebagai penghubung kepada tanggungjawab yang dipercayakan. Jadi, apa yang dapat disimpulkan disini adalah jika cinta itu ada dalam diri, maka kita rela berbuat apa sahaja demi menjaga cinta kita itu. Itulah dipanggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah. 

Dari sudut psikologi, perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yang akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dalam percintaan. Simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya. Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut. Apakah tiangnya itu?? Tiangnya adalah cinta kepada Islam. Daripada cinta yang kukuh itu, dengan izin Allah S.W.T, kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini..


                                REMEMBER : Love when your ready, not when your lonely ^_^

2 comments:

  1. assalamualaikum, very interesting post,k i like,, but, may u should add more abaout the cita2,
    nak kongsi satu ayat dari seorg hamba Allah ni,
    kiter x leh masok ke slm satu rongga dan membuat dua perkara, iaitu, semasa belajar kiter bercinta, sgt x leh, tapi ape kan daya kiter hnyalah seorg hamba Allah yang sgt jahil dan kecik di mataNYA, kite x mampu menangkis fitrah tersebut,
    jika terjadi nya begitu, minta lah pertolongan allah tok di berikan kekuatan utk menyimpan perasaan itu terlebih dahulu, luv to Allah, u will get every thing that u want if HE said so, trust HIM

    ReplyDelete
  2. ok..sya mmang rse mcm, sya kurang letak pasal cita2..btw, thanks for remind me.. ^_^

    ReplyDelete