Ketika saat melihat seorang bayi comel, gembiranya di dalam hati. Bahkan bagi wanita yang belum mempunyai cahaya mata pasti meronta-ronta di sudut jiwanya mendambakan kurniaan indah ini. Kala mendukung seorang bayi comel, merasa sangat berhati-hati. Bahkan untuk membuatkan bayi itu rasa selesa sedikit pun menjadi kerisauan. Ada sebilangan ibu berkata, "Nak jentik pun tak sanggup walaupun dia nakal." Begitu tinggi sifat sayang dalam diri seorang manusia.
Namun, masih tersisakah sifat sayang keturunan Adam dan Hawa ini andai kelahiran anak bukan lagi sesuatu yang menjadi kebanggaan dan kebahgiaan ? Kelahiran anak diaanggap seperti kewujudan malapetaka, lalu rela menjadi pembunuh bayi yang tidak berdosa hanya kerana ingin menjaga nama dan takut dihina dan dikeji masyarakat. Betapa dunia semakin kejam.
Setiap kali berlaku kes jenayah, pasti hukuman juga yang dibangkitkan kebanyakkan pihak. Baru-baru ini hukuman mandatori telah dicadangkan bagi memberi keinsafan dan amaran kepada manusia tidak berhati perut yang membuang bayi hingga menyebabkan kematian. Cadangan ini disambut baik oleh pelbagai pihak. Bagi saya, saya amat setuju sekali dengan cadangan itu sebab perbuatan ini bermain dengan nyawa. Nyawa sepatutnya dibalas dengan nyawa.
Kadang-kadang pembuangan bayi ini berpunca daripada aktiviti sosial yang berlebihan sehinggakan maruah tergadai seperti aktiviti seks bebas. Pasangan bercouple yang kononnya cinta sampai mati dan kononnya juga cinta sampai syurga sanggup menggadaikan maruah mereka demi untuk membuktikan cinta sejati mereka kepada pasangan. Adakah mereka ini tidak ada otak untuk memikirkan mana satu yang baik dan mana satu yang jahat?
Saya tidak menyalahkan perempuan atau lelaki dalam hal ini, sebab mungkin kedua-duanya bersalah. Kalau nak bercouple sangat jaga la batas-batas pergaulan, fikir sikit yang anda masih belum mempunyai hak yang sah dan halal untuk melakukan "benda (seks)" itu. Jika kita melakukan seks bebas ini, kita dikira sebagai berzina. Berzina itu seperti mana yang kita tahu memang berdosa besar. So, ingatlah kawan-kawan, saya berharap anda semua tidak melakukan perkara itu. Untuk lebih lanjut dan untuk memastikan sama ada salah lelaki atau salah perempuan, jom kita tengok video ini bersama-sama..
: : Wasalam : :
No comments:
Post a Comment