layout

Saturday, January 29, 2011

Cinta & Persahabatan :)

Ini merupakan peristiwa yg pernah aku alaminya sendiri 3 tahun lepas, disebabkan oleh peristiwa ini aku menulis sebuah puisi utk di kongsi bersama...hayatilah bersama...

Maduku berisi racun, bukannya penawar. Aku tidak peduli dengan fitnah mereka yang cemburu padaku. Mereka peduli apa, biarkan aku dengan duniaku. Aku tahu zaman remaja memang banyak cabaran, kerana itu aku menyerahkannya dengan penuh ketabahan walaupun di hujung jalan menanti sejuta persimpangan....
Aku bukannya bunga dan juga bukannya pasir, tetapi insan yang punya hati dan perasaan. Aku hanya punya intan walaupun cuma sebutir untuk meneruskan kehidupan. Kalau aku bunga, memang telah lama terkulai layu ditangkai, lalu bertaburan di atas bumi. Kalau aku pasir dipantai, memang aku telah lama dimusnahkan oleh ombak, lalu tenggelam di dasar lautan....
Apabila saat-saat aku hampir menemui kehancuran, kau menjelma semula. Kau hulurkan tanganmu untuk persahabatan kali kedua, kali ini tanganmu berisi cahaya bimbingan suci bukannya untuk menggoda. Tetapi akhirnya, pengertian juga tiada pada diriku dan aku kira tiada juga pada dirimu. Kerana itu, kita memilih perpisahan, perpisahan yang melukai hatimu dan hatiku juga.... :(

3 comments: