Kali ini entry saya sangat menarik tajuknya 'Perangai Wanita Yang Lelaki Suka' , kalau nak tahu menarik atau tidak kena baca dulu baru tahu. Seperti mana yang kita tahu, bila kita ingin mengenali seseorang atau menjalinkan sesuatu hubungan itu dengan lebih rapat, kita mesti kena kenal hati budi masing-masing dahulu. Bila dah kenal hati budi dan selesa dengan perangai masing-masing baru akan timbul rasa keserasian dalam diri tanpa ragu-ragu untuk rapat. Di bawah ini ada contoh perangai perempuan yang lelaki suka dan selesa bila bersama. Baca dan renungkan.
1. Keanak-Anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Yang paling penting sebab nampak comel.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.
5. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
8. Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.
9. Kejujuran dan Keikhlasan
Lelaki lebih tertarik pada wanita yang jujur dan ikhlas dalam setiap perbuatannya kerana sifat ini akan mencerminkan keperibadian seseorang melalui hati.
BERMACAM jenis WANITA ada didunia ini TAPI nak jumpa PILIHAN HATI memang SUSAH
:: BUKAN nak MEMILIH tapi kena BERHATI-HATI ::
Saya ingin minta maaf kalau dalam penulisan ini ada yang terguris dan terasa hati, saya tiada niat pun nak buat macam itu. Niat saya hanya sekadar berkongi. Sharing is Caring. Saya tulis ini berdasarkan kajian dan pengalaman yang telah saya alami sendiri. Ada banyak lagi perangai yang boleh saya tulis tapi saya ambil yang penting sahaja. Kalau anda semua nak berkongi untuk tambah idea saya sudi menerima dengan hati yang terbuka. Wasalam. Take Care. =)