layout

Thursday, May 17, 2012

IBU TIPU SAYA..!!! T_T


*sekadar gambar hiasan 

 Salam 1Malaysia kepada anda semua, kali ini saya ingin berkogsi satu cerita yang amat tersentuh dan boleh menitikkan air mata. Saya pun berasa sebak bila membaca entry ini. Walaupun saya lelaki, saya tetap boleh menitiskan air mata ok. Untuk renungan kita bersama terimalah coretan ini.. _________________________________________________________________________

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

 Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

 Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

 Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

 Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

 Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

 Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

 Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :( __________________________________________________________________________

 Apa yang anda rasa selepas membaca entry ini? Adakah anda rasa apa yang kawan kita rasa? So, saya berharap lepas ini kita perlu lebih menghormati ibu kita dan lebih menyayangi mereka sementara mereka masih ada di dunia ini. SESUNGGUHNYA KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA. Itu sahaja kisah yang saya ingin kongsi kepada anda semua untuk kali ini. Wasalam.

Wednesday, May 9, 2012

Luahan Hati Seorang Anak~ =')



Salam 1Malaysia kepada sahabat blog saya yang sudi menunggu perkembangan cerita dari saya. Sebagaimana yang kita tahu, Bersih 3.0 telah menimbulkan kekecohan di Kuala Lumpur. Dan setiap kali berlaku sahaja perhimpuan Bersih ini, mesti pihak polis yang dipersalahkan. kenapa tidak penganjur Bersih tu yang dipersalahkan? Fikir- fikir dan renungkan. Kali ini bukan saya nak comment lebih-lebih pasal Bersih, nanti saya pulak yang kena pangkah. Lebih baik diam daripada berkata-kata. Tetapi saya cuma tidak puas hati mengapa mesti polis yang dikutuk, dihina, dicaci, dan dipersalahkan? nanti bila jenayah berlaku dekat rumah mereka, nak cari polis juga. Saya jugak merupakan salah satu anak polis, sebab tu rasa macam tidak puas hati apabila polis diperlakukan sedemikian. So, saya nak share satu kisah LUAHAN HATI SEORANG ANAK POLIS..Hayatilah~ _______________________________________________________________________________
Sebagai salah sorang anak kepada anggota polis saya ingin bersuara bagi pihak rakan-rakan saya… Memang negara ini negara demokrasi tapi tidak bermakna sikap puak pembangkang terutama Bersih berhak memaki hamun sehingga menjatuhkan maruah serta harga diri pihak polis…anda menggelarkan Anggota polis sebagai ANJING kerajaan…jadi siapakah kami anak-anak POLIS ini… adakah kami anak-anak ANJING?

Tuduhan cacian yang tidak terbatas seolah-olah semua anggota Polis kaki rasuah, tidak boleh di percayai dan sehingga tidak sanggup saya menulis di sini… Berlinangan airmata saya bila melihat ada di antara anggota polis dipukul, diterajang seolah mereka tidak punya sanak saudara dan anak-anak yang menanti kepulangan mereka dari bertugas… Saban hari bila-bila waktu yang kritikal seperti Bersih ini, saya sering terfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah untuk kali terakhir kerana ayah akan berhadapan dengan makhluk-makhluk yang begitu bencikan tugas ayah…

Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina di mata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yang ayah dan anggota polis dapat selama ini untuk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yang tidak halal semata-mata mereka bekerja untuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat? Apa yang saya tahu setiap kali sebelum ayah pergi bekerja ayah kami adik bradik bersama ibu akan bersalam dan mencium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi…JANGAN LAWAN IBU, DENGAR CAKAP IBU, JANGAN BIADAP DENGAN ORANG LAIN, HORMATI HAK ORANG LAIN DAN YANG PALING-PALING TERGURIS DIHATI SAYA IALAH AYAH AKAN BRKATA JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT KERANA ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE…

Sedangkn di luar sana, ayah dan rakan-rakan dicerca, dimaki , di udah dan dipukul semata-mata untuk menjaga keamanan negara…anda yang berkelakuan demikian fikirlah, dengan penghinaan yang sedemikian tidak akan kami anak-anak anggota polis akan berdiam, membiarkan orang tersayang dalam hidup kami diperlakukn seperti haiwan, sedang tingkah laku saudara-saudara pendemo itulah yang kelihatan AMAT KEJI, seolah-olah negara kite tiada undang-undnag,, seolah-olah anda semua tiada AGAMA, sehingga sanggup menghina, memukul, menerajang dengan niat kalau polis itu mati adalah kejayaan anda…

Inikah yngg dikatakan perjuangan menegakkan keadilan sedangkan keadilan di pihak kami, pihak ayah dan rakan-rakannya, pihak orang-orang yang cintakan keamanan anda ketepikan? Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakan kami terhadap perjuangan puak anda kerana kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo-pendemo itu…negara akan hancur seandainya jatuh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini…

Kepada ayah dan rakan-rakan polis ayah, saya amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan negara…InsyaAllah ayah, saya akan belajar rajin-rajin supaya menjadi insan yan berguna terhadap agama, bangsa dan negara, menyara hidup keluarga agar ayah tidak perlu mengharungi lagi episod duka dan hina ini….

Saya tetap berbangga dengan tugas ayah sebagai anggota polis yang sanggup menggadai nyawa demi keselamatan negara. AYAH KAU LA WIRA KU... Amin…