layout
Friday, December 23, 2011
Bercinta Biar Satu, Berkawan Biar Beribu♥
Salam 1Malaysia kepada semua yang sudi menunggu entry baru saya tidak kira hujan atau panas. I really appreciate it. Entry saya kali ini berkisah tentang lesen. LESEN?? mesti kamu semua tertanya-tanyakan, kenapa pulak pasal lesen nie?? tp memang saya nak bercerita tentang lesen. Lesen yang saya nak cerita ini, bukanlah lesen kereta, lori, bulldozer, aeroplane or kapal selam tapi lesen untuk berkawan. Lesen ini cipta sendiri oleh saya...hehe..lepas ini boleh la saya dapat anugerah nobel..hihi..dan disebabkan tidak tahu nak buat apa masa lapang, jdi saya cipta lesen baru iaitu " SMARTBOY'S LAW ".
Definition for this Smartboy's Law is you must follow the step. Pertukaran setiap lesen bergantung kepada partner masing-masing. Jika partner masing-masing bersetuju untuk ke lesen yang seterusnya; So, beralih la ke lesen seterusnya tapi peralihan ke lesen seterusnya tidak boleh ada paksaan. ^_^
Senarai Lesen ( SMARTBOY'S LAW ) :-
1. Friendly License ( Lesen Berkawan )
- Anda mula berkenalan dan berborak dengan dia (boy/girl) dan dia sejutu ingin menjadi kawan anda.
2. Disturb License ( Lesen Kacau )
- Anda sering kacau dia (boy/girl) apabila dia sedang buat kerja or yang seumpama dengannya.
3. Joke License ( Lesen Gurau )
- Anda selalu buat dia (boy/girl) ketawa dengan lawak jenaka anda dan dia (boy/girl) rasa selesa bila bersama anda.
4. Money License ( Lesen Belanja )
- Anda terdetik untuk membelikan sesuatu untuk dia (boy/girl) walaupun tidak diminta untuk dibelanja.
5. Miss License ( Lesen Rindu )
- Sehari anda tidak berjumpa, bercakap or message (sms) dengan dia (boy/girl), anda tidak boleh duduk diam dan sentiasa teringat kepada dia (boy/girl).
6. Caring License ( Lesen Caring )
- Anda sentiasa ingin tahu bagaimana keadaan dia (boy/girl) pada hari-hari yang berlalu dan anda sering mendengar masalah yang dihadapi oleh dia (boy/girl) serta cuba untuk mencari penyelesaian.
7. Allure License ( Lesen Manja )
- Anda sering bergurau-gurau manja dengan dia (boy/girl) dan sering buat dia (boy/girl) ketawa apabila sedang bersedih.
8. Love License ( Lesen Sayang )
- Anda selalu disamping dia (boy/girl) apabila dia (boy/girl) didalam kesusahan dan anda akan setia bersama dia (boy/girl) walaupun anda berjauhan daripada dia (boy/girl) yang tersayang.
9. Ring License ( Lesen Cincin )
- Anda dapat merasakan dia (boy/girl) sungguh sesuai dengan anda dan anda tidak dapat melupakan dia (boy/girl) walaupun sesaat. Anda juga telah melamar untuk bertunang dengan dia (boy/girl) dan dia terima anda.
10. Legal License ( Lesen Halal )
- Setelah anda bertunang, anda pun berhajat untuk sehidup semati dengan dia (boy/girl) dan dia terima pelawaan anda untuk hidup bersama-sama dibawah satu bumbung. Anda berbahagia bersama yang tersayang sehingga keakhir hayat.
Selesai sudah penerangan tentang " SMARTBOY'S LAW ". So, saya rasa jika anda follow this law, berkemungkinan anda akan berbahagia bersama pasangan anda sehingga ke akhir hayat..Insyaallah ^_^..terpulang kepada anda sama ada ingin follow this law or not. Tiada paksaan. Itu sahaja untuk entry saya pada kali ini dan berharap anda semua akan menanti entry saya yang akan datang..Wasalam XD
Wednesday, December 21, 2011
Lelaki Ini Minat Wanita Itu~♥
Salam 1Malaysia, entry kali ini saya ingin berkongsi tentang perasaan. Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.
1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.
2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.
3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.
5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyayangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya.
Apa kata perempuan apabila baca ini pula?
Give your opinion...
Wasalam ^_^
#sharing is caring
*penpatah.bgs.c
Duit Baru Malaysia 2012 ^_^
Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog saya yang setia menanti. Sudah agak lama saya tidak update blog sebab saya busy dengan assignment. Tapi kali ini untuk tidak mengecewakan pembaca setia saya, saya buat entry yang paling menarik untuk tatapan kita semua iaitu tentang duit Malaysia. Mulai tahun 2012, duit baru ini di katakan akan di keluar pada awal Januari 2012 nanti jadi hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi seluruh rakyat malaysia akan dapat merasakan keharuman duit-duit baru ini.
Duit baru yang bakal dinikmati oleh kita semua sebagai rakyat Malaysia
Duit RM20 yang sungguh menarik dari segi warnanya
Contoh semua duit baru yang bakal dikeluarkan
*sumber : Bernama
Walaupun duit baru ini kelihatan seperti duit Monopoly, ia tetap kelihatan sungguh exotic dan duit ini masih mengekalkan ciri-ciri serta seni negara Malaysia. Itu sahaja entry saya untuk kali ini dan kita sebagai rakyat malaysia patut berbangga dengan setiap perubahan yang telah dilakukan. Wasalam ^_^
Thursday, December 1, 2011
Ombak Rindu ♥♥
Salam 1Malaysia kepada pembaca blog saya, entry kali ini berkisah tentang filem cinta & romantik melayu terbaru pada tahun 2011 iaitu Filem Ombak Rindu akan mula ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011. Filem Ombak Rindu ini adalah adaptasi Novel Ombak Rindu. Senarai pelakon utama dalam filem ini adalah Lisa Surihani, Aaron Aziz, Maya Karin dan Bront Palarae. Pelakon tambahan pula adalah Azizah Mahzan, Zaidi Omar dan Normah Damanhuri.
Trailer Ombak Rindu
Sinopsis Ombak Rindu
Sinopsis Filem Ombak Rindu 2011Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah. Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi. |
Lirik lagu tema Ombak Rindu
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Seperti mana trailer dan lirik lagu filem ini, memang romantik betul la, tapi apakan daya saya masih belum mempunyai masa untuk menonton filem ini. Kepada siapa yang mempunyai keluangan masa, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini dan kepada yang ada girlfriend tu jangan lupa bawa sekali, memang sesuailah kalau bawa girlfriend sekali sebab inikan filem romantik. Tengok sorang-sorang mana ada feel. Cehhwahh..saya cakap, macam saya pulak yang berlakon dalam filem ini..Ok lah, itu sahaja yang ingin saya kongsi kepada anda..Wasalam ^_^
~SELAMAT MENONTON ~
Subscribe to:
Posts (Atom)