layout

Saturday, July 23, 2011

True Story About Pizza


Makanan yang cukup popular di seluruh dunia yang mempunyai sejarah tersendiri, namun tiada bukti jelas berkenaan asal usul perkataan 'piza'.

Pada 1889, piza adalah makanan bagi warga miskin dan belum dianggap sebagai resipi agung sehinggalah 1997 makanan ini menjadi resipi popular setelah menjadi hidangan khas yang dihasilkan Raffaele Esposito dan isterinya. Piza dipenuhi sos tomato, keju mozarella dan daun basil itu akhirnya menjadi kegemaran Ratu Itali lalu ia dinamakan piza margherita.

Tentu ramai yang menyangka piza berasal dari Itali. Sangkaan itu meleset sama sekali. Berdasarkan sejarah, masyarakat sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti roti piza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti itu diadun daripada tepung. Kemudiannya dileperkan dan dibakar atas batu yang dipanaskan dibawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila teknologi bertambah tinggi mausia telah pandai menghasilkan api dan piza dibakar.

Pada waktu itu, perkataan piza merujuk kepada alatan tukang roti yang digunakan untuk menentukan suhu oven. Piza dianggap sebagai makanan orang miskin dan dijual dijalanan.

Pada 1720, terdapat larangan untuk menjual makanan itu dan ia dilarang dibawa masuk ke istana. Semua bangsawan istana di Itali dilarang makan piza bagi menjamin kedaulatan istana. Bagaimanapun, dalam diam Raja Ferdinand I (1751-1825) mencuba makanan yang menjadi kegemaran rakyat itu dengan menyamar menjadi rakyat biasa. Baginda menyukai makanan itu dan secara terang-terangan mengakui ia sedap dan menyihatkan.

Setelah bangasawan lain mendengar khabar itu, mereka akhirnya memberanikan diri mencuba dan larangan menjual piza dihapuskan.

Selepas itu, piza semakin digemari oleh bangasawan dan golongan elit dan turut disukai oleh keluarga diraja generasi ke II, Raja Ferdinand II.

Ada juga sumber lain berpendapat, perkataan piza daripada perkataan Yunani iaitu picea. Menurut satu sumber lain pula, piza yang sempurna berlaku pada Zaman Renaisans di Napoli, Itali. Piza akhirnya dibawa ke Amerika Syarikat dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Kini piza menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia......

Wednesday, July 6, 2011

Blackout~~~~


Salam ceria kepada semua sahabat blogku....I nak cerita sikit pasal sebuah kisah yang berlaku dalam kolej I nie...memang lawak giler...hahaha...pada satu hari tu, entah macam mana..tiba-tiba satu kolej blackout...memang satu cahaya pun tidak kelihatan...lepas tu macam perasaan timbul...takut kot..tapi I and the gang tidak xtakut pun...sebaliknya, kitaorang yang kacau budak2 kolej..mmang best la..haha...kitaorang xsampai hati nak kacau budak2 kolej...so, kitaorang kacau makcik cafe la...memang lawak giler....time tu, makcik cafe nak delivery makanan..dah la dia naik motor pulak tu..haha...pada masa yang sama jugak, I and the gang ada jalan2 kat kawasan situ..so, kitaorang pun nampak makcik cafe tu, lpas tu kitaorang ambil position masing2..bila makcik tu sampai je dekat dengan kitaorang, kitaorang pun terjah la makcik tu...then, makcik tu terperanjat sambil berkata "astagfirullahhalazim~~~!!!!!!" dan makcik tu terus memecut dengan laju...hahaha...kitaorang pun gelak sampai nak pecah perut....hahaha.....tapi nasib baik makcik tu xtergolek..kalau tergolek, memang kitaorang xtahu la apa yang terjadi dengan makcik tu....hahaha...so, the conclusion is kalau blackout, ambillah peluang yang sewajarnya untuk mengacau orang..haha..tp lepas tu minta maaf la balik kepada mangsa yang kena kacau tu....sebab niat kita just for fun..hehehe..so, kita enjoy....wasalam :)